Monday, December 6, 2010

katak oh katak....

assalamualaikum.....
alahamdulillah hari nie aku dapat idea mengarang lagi

Setiap orang mempunyai haiwan atau binatang yang disayangi , dibenci dan digeli.. tak kira la orang tu lelaki ke pempuan ke kan..mesti ada binatang yang digelinya hahah
 ok ari nie aku nak cerita pasal binatang yang sangat aku geli iaitu katak...
 
ok katak adalah salah satu spesis amfibia iaitu binatang 2 alam,air boleh darat pon boleh, katak bertelur didalam air bersih yang bertakung , biasanya  didalam longkang,lopak air,dan sebagainya . anak katak dipaggil berudu atau pon pok budu  dalam loghat terengganunya
. katak biasanya melompat lompat untuk ke suatu destinasi. selain mencari makanan menggunakan lidahnya yang panjang.katak suka tinggal dikawasan  yang lembab dan mempunyai serangga yang banyak selain dari kasut sekolah yang sudah lama tersadai  .. dah la tu definisi untuk katak yer...

pada asalnya aku tak gelipon katak nie.. aku biasala jugak bemain main dengan katak selain umpan pancing , sehingga la suatu hari yang aku ingat sampai kehari ini.

ceritanya bermula apabila  satu hari aku lambat untuk kesekolah. aku baru balik dari memancing  aku menadah telinga  mendegar suara membebel bebel ... dari aku stat mandi sehigga aku mintak duit pergi sekolah huuhhh lama tu kena... aku terus bersiap dan memakai kasut sekolah yang pada awalnya disangkakan hilang... aku terus memakai kasut tersebut dan kesekolah, aku besekolah pada sessi petang ... aku terperasan kasut sebelah kiriku ni ketat semacam jer . tapi aku buat tak tau jerla kan , sebab aku terbayangkan stokin tegumpol kat depan kasut..".lantak la jap lagi la aku repair".. aku trus berjalan dan berjalan... kakiku semakin terasa tak selesa tapi aku tahan je..aku mengerakkan hujung jari kakiku aku terasa sesuatu yang lembit dan sejuk..." ahhh malasnya nak bukak kasut nie ""

"krigggggg" lonceng sekolah telah berbunyi.. aku belari mendapatkan beg sekolah yang aku tinggalkan dibawah pondok, aku mendapati kakiku sudah tidak dapat menahan keketatkan kasut nie , terasa semakin ketat dari tadi.. uihhh .. aku mula terfikir kenapa.. takkan la stokinku semakin membesar. tak logik... dan tiba tiba terlintas sesuatu di fikiran ku... aku mengerakkan hujung kaki ku lagi.. emmm lembit... sangat lembit.. sahhhhhh.....
aku terus membuka tali kasutku, aku terus membuka kasutku tanpa lengah lagi... aku menghentak hentak kasutku itu tiba tiba......
 alangakah terkejutnye aku apabila mendapati seekor katak puru terkeluar dari kasutku itu.. sambil perutnya mengembung macam belon ..sangat besar, eeeeeeee... aku terus mencapakkan kasut ku itu ... uihh gelinya .. aku teringat detik detik aku mengerakkan hujung jari ku tadi... lembit tu sebenarnya perut katak tu...
kataktu dah xboleh melompat lagi munkin kerana lemas dan terpenyet didalan kasutku itu selama beberapa jam.. aku mengambil kasut n trus masuk kekelas...
 selepas kejadian tu aku sangat geli ngan katak ...hahahahahaha


sebelum pakai kasut chek la dulu yer
jangan letak kasut merata rata ,,,,,

No comments:

Post a Comment


Sponsored by: