Tuesday, November 30, 2010

kisah mengenal erti HIDUP

allhamdulillah.... aku boleh mengarang lagi...

ok arini aku nak ceritakan kisah pemerantauan aku & the gang ke johor baharu...
selepas jer tamat final exam politeknik dungun aku dan  geng geng berpakat untuk mencari pengalaman kerja... setelah bermeeting beberapa ketika ,,,sampai suara tu jadi  bulatla( sebulat suara) kami ingin mencuba nasib di negeri johor... kenapa johor??? entahla ... aku pon tak tau huhuh..member aku pon berkata''kita dah ada lubang kat johor"( lubang kerja ok ) .selepas semua persiapan dibuat tibala hari tersebut....

pukul 10 malam di perhentian bas express paka
kami berlima.aku,pisang,mamat,lee,pojang bersiap sedia untuk perjalanan yang jauh ke johor baharu(1st time naik bus express) takut sedih sume ada...aku risau nak terberak jer hahaha. apa lagi telanla pil chik teak auunn hahha cuak la kan dibuat nye meragam time kat hutan uihhh seksa haha... apepun ader 1 semangat ''aku nak kerja" semagat setinggi gunung ,sedalam lautan,seluas alam ... uihh power tu hahah setelah beberapa jam didlam perut bus . akhirnya kami sampai la di perhentian bus Larkin JB...
Sesampai jer apa lagi  cari toilet dulu ..dah berejam peram nie hahaha maklumla 1st time naik bus ahhh lega beb... tak caya tryla peram berjam  pastu buang .. dasyat sioot

Aku pon menayakan tentang lubang kijer tersebut"mat sapa nak amik kita ni" die leh lak jawap'' jap la aku kol die  xangkatla" makk aii time tu tuhan jertau prasaaan aku nie,,datang bukan main jauh lagi datang nie jawapan yang dapat... dahla kat johor xder sapa sapa yang kenal aku pon trus jer cakap'' kalau kite kena tpu mung orng pertama aku sekeh" hahahahah time tu masih budak budak lagi hahah. lebih kurang kul 10 camtu orng yang kami tggu akhirnya sampai ..seorng pempuan bersama kerete kancilnye hahah nak muatkan kami berlima dalam kancil hampir mustahil hahahah

kami didrop kan disebuah rumah tumpangan sementara eheheh sehingga petang tu kami berlima dihantar kerumah pekerja rumah taman ( aku pon dah luperla kat maner) kami stay kat uamh tu lebih kurang 3 harila selepas semua  urusan pendaftaran pekerja selesai... dah macm pendatang asing siot... jalan beratur g cari kedai makan... kena kejar dek anjing pon ader ...lalu belakang umah orng lagi... hahaha selepas tu kami berpindah lagi kerumah lain ... hanya kami kami jer.. rumah setingan kot area denai 6 kat hospital kempas JB . 4buah rumah 1 meter air aku stay kat cnie sehigga bekalan air rumah dipotong, cube bayagkan kejab balik kijer xder air... tdo tanpa mandi mengharapkan bagun peteng tu ader air tapi harapan kami meleset kerana air still xder... hari pertama 1botol air mineral berjonsi 5 orng... alamatnye mandi stail p ramlee la ... malam tu pergi kerja bukan main kusut lagi... buuk siot hahahh.. shigga la kes kami selesai dengan berpindah kerumah baru meter air single tak jauh ngan rumah tu....

aku luper lak nak cerita tentang kijer kan ahhaha nie aku nak cerita nie.. aku berkerja di vanture technocom system  kat tebrau... time 1st masuk aku ingat sume orng yang power powerla heheheh tapi rupe rupenya kat malaysia nie ader jugak orng tak tau nak tulis no ic sendiri ... buta huruf buta kayu hahha kami berlima berkerja shif malam sahaja 7pm -7am  , so siangnye tdola la that y la aku mengharapakan bagun petangnya( aii dah macam jawa lak nie nya nya hahah) sory wak jejai lau bacer hahah.

rutin harian kami, bagun tdo petang pergi kerja balik kijer pagi sarapan n tdo samapai petang.. lansung takder life ,,, tapi dengan tujuan nak mencari pengalamn kami rela heheheh beginila rutin kami sehinggala peyimpan mohor besar raja raja memberitahu tarikh permulaan puasa jatuh pada esok hari...

untuk sahur tak jadi masalah coz kami kan keja malam... time rehat tula sahur tapi time berbuka memag amat menyedihkan ... nak tau kat mana ??? ditepi longkang besar depan kilang tu... tiap tiap hari macamtu . biasanya juadah berbuka tu kami beli di kawasan kilang .
pernah la  satu hari dibulan puasa transpoter kami lewat mengambil untuk pergi kerja. so secara automatik nya makanan takdekan .. kami semua menuggu sehigga azan berkumandang menandakan waktu berbuka telah tiba.. tapi  kami xder ape ape untuk dibukakan  hhahaha didalam darurat itu satu idea telah datang kepada salah seorng dari kami dengan mengorek hidung .. tujuanya hanya nak berbuka puasa hahahaha.bagang teramat hahah tapi time tu semuanya ikut buat pekara yang sama hahah taktaula kenapa,,, tiba tiba jiran umah keluar bersama sama 1 jug air dan sedikit kuih untuk kami .. terharunya kerana ada orng yang simpati dengan kami ,,,

 pernah gakla kami bersuara mengatankan niela pengalaman hidup yang paling teruk yang pernah kami lalui selepas berjauhan dari keluarga.. pengalaman ini la jugak yang mematangkan kami semua... pegalaman ini kami akhirkan dengan tak pergi lagi selepas pulang beraya hahahah dah serik dah xanak berjauhan lagi ngan kuarga... selain berat badan aku susut dari 80kg ke 69 kg banyak tu ini semua berlaku hanya 6 bulan aku di johor dan denagn pengalaman hidup aku & the gang  yang tak semua org dapat merasainya... yang telah membuatkan kami teguh dan kuat semangat dan motivasi dengan dugaan yang lain.. wassalam

Monday, November 29, 2010

Pengenalan Diri Si Pemilik Tentang Kehidupan

assalamualaikum.....

 akhirnya aku ada blog.. aku seperti nama kat profil tu  muhammad affendi nama lam surat beranak... nama glemor yang tak berapa nak glemer APENG... kenapa apeng??? uih panjang critanya ... tapi aku pendekkanla supaya senag ckit nak paham... kawan kawan la punyer crita suka bnar pggil nama tu ,,last aku gunakan apend setelah beberapa purnama aku pikir sejenak munkin lebih baik gunakan apeng sebab aku nie org GANU hahhahha..... skarng dah lekat apeng tujela critanye hahhahha dah eks... ok

Tempat Lahir Aku??
aku dilahirkan  pada hari rabu jam 10.30 pagi yang hening (hening ke ?? manala aku tau) 27 nov 1985... 25 tahun yang lepas, di Kg Peroh Ajil yang terletak di sebuah daerah di negeri Terengganu, malaysia.. didlam sebuah rumah yang usang ditepi sungai peroh yang airnye jernih ....sekarang air pon dah kurang la ... biasala  moden kan .

Tempat Tinggal Aku Sekarang??
bila aku ingat jer aku berada di 187 felda kerteh lima .. sebagai anak peneroka felda,
sebuah penempatan felda di daerah dlam sebuah daerah dinegeri terengganu yang terpencil yang segar udaranye ..sekarang kawasan nie telah pesat membangun dengan prasarana yang lengkap sesuai dengan kehendak dan keperluan kehidupan hari ini.... dah eks letih ahhh

Pendidikan aku??
aku mengenal A B C di sekolah tadika kemas felda kerteh lima.. selepas setahun aku mula memasuki sekolah keb ketengah jaya yang dulunye bernama sekolah keb felda rasau kerteh II selapas enam tahun aku disana aku dipaksa menduduki UPSR ....korng pun tahu maksud die kan untuk taun tu taksilap aku pemulaan untuk 5 matapelajaran... selepas keputusan UPSR tu dah keluar ..uihhh leganya dah nak kena masuk sek men pulak huhuhu....

selepas bersiap sedia nak masuk sek men . harinya pun tiba.... aku lah pelajar tingkatan 1 murni di sek men ketengah jaya yang paling  skema hahahah tali pinggang kecik giler hahaha  ( takut cikgu marah),,, dah abis tingkatan 1 aku pon naik tingkatan 2... tingaktan 2 aku nie serang pengawas sekolah... dah mula buat hal la bile jadi pengawas nie hahahhaha( len kali la aku cerita eks ), ok time tingakatan 3 aku turun kelas gara gara seorng cikgu. nnti la aku crita ... time tingkatan 3 niela bayak cerita yang best tapi tuggu next story k kan serabutlak nak bacer yang maner satu...k tahun nie aku dipaksa pulak tuk menduduki PMR huhuhuh 8 matapelajaran.... tup tap tup tap... dapat result  ... yang takla power sngt ... tapi boleh la nak masuk sek teknik.... akhirnya aku diterima masuk sek men teknik kemaman ... di dlam bidang kejuruteraan jentera... selepas 2 tahun aku dipaksa lagi SPM la pulak... selepas beberapa purnama keputusan SPM pon dapat.... kecewa pon ader ...kuat sngt bermain... lau tak mesti skrang dah jadi boss hahahaha nak buat camne dunia ne mmg dah ditentukan jalan ceritanya mengikut pilihan hati kita ... kalu kita pilih jlan A dah ada sipnopsis die  dan bile pilih jln B pon dah tersedia sipnopsis die ... bak kata AMUK  kita nie PELAKON CERITA DIPEMERTASAN ALAM CIPTAANYA menyayi la pulak haahah..

selepas dapat jer keputusan SPM apa lagi target nak masuk universiti mampos tak dapat ,,isi jerla politeknik... than alhamdulillah dapat jugak masuk politeknik dungun terengganu yang kini dikenali politeknik sultan mizan zainal abidin... uiih  bukan main panjang lagi... dlam jurusan sijil kejuruteraan mekanikal... pada hari pertama terdetik dihati bila la nak abis belajar nie ,, 2taun beb lama tu....tup tap tup tap abis dua taun... pehhhhh aku berjaya dapat sekeping sijil .....ahhhh nak kena sambung diploma pulak


selepas abis sijil aku n the gang merantau ke johor tuk mencari pengalaman hidup dinegeri orng... (nanti aku cerita secara detail k..) best citer nie heheheh pengalaman hidup yang paling dasyat .... selapas stengah tahun aku kembali untuk persediaan kembali menjadi student... pada jun 2007 aku dikehendaki melapor diri di politeknik ungku omar ipoh di dalam jurusan diploma kejuruteraan mekanikal ,, politeknik petama dimalaysia selepas setaun... aku berjaya mendapat sekeping diploma...uihh penatla wei dah blurr nie heheheehe ... aku janji aku akan sambung lagi k... nthan... aku crita lagi pasl kehidupan aku dimasa masa yang best tu hahahah tugguu... pasti pedas dari biasa hahahaha k.... wassalam .... aku janji aku sambung lagi ok.... penim la idea pon dah kering nie hahahahah

Sunday, November 28, 2010

4 Teknik Asas Bagaimana Nak Menguatkan Minda Separa Sedar

Teknik 1: Banyakkan Berimaginasi.
Selalulah imaginasikan sesuatu. Bayangkan sepertimana Anda menonton filem. Lihat dengan jelas wajah orang-orang yang ada dalam imaginasi Anda, bayangkan suasananya dengan jelas seperti sedang menonton sebuah filem. Jika Anda rasa susah nak berimaginasi, banyakkan membaca.
Teknik 2: Banyakkan berfikir.
Lebih banyak Anda gunakan tenaga mental, minda separa sedar akan jadi lebih kuat sebab ia dikerah untuk mengeluarkan idea-idea bagi penyelesaian masalah. Sama seperti otot fizikal. Makin banyak otot digunakan untuk mengangkat beban berat, makin kuatlah otot tu dan makin pejal. Banyakkan berfikir, cuma jangan berfikir tatkala tertekan. Berfikirlah dengan emosi tenang untuk menguatkan minda.

Teknik 3:  Selalulah bersihkan hati, sebersih yang Anda boleh.
Hati mempengaruhi minda separa sedar. Jika hati kotor, minda separa sedar akan jadi kotor. Kesannya Anda akan cepat rasa ragu, gusar serta risau. Banyakkan zikir sebab ia dapat membersihkan hati, doublekan dengan amalan beristighfar.

4. Latih diri bertenang sepanjang masa.
Be cool. Minda separa sedar menjadi kuat apabila emosi Anda tenang. Minda akan makin bertambah-tambah kuat apabila Anda bertambah-tambah tenang.

7 Tips Bagaimana Mengelak Dari Dikuasai Fikiran Negatif

1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.
Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.
Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.
3. Hormati sesiapa saja.
Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.
4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.
Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.
Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.
6. Elak megomel-mengomen, mengata dan mencaci.
Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, megomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.
7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.
Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.
Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.
Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit.

4 Petanda Bagaimana Kenal Pasti Pemikiran Negatif Dalam Diri Seseorang

dari iMotivasi.
4 petanda bagaimana nak kenal pasti pemikiran negatif dalam diri seseorang:
1. Lihat pada kata-katanya.
Orang berfikiran negatif biasanya suka merendah-rendahkan, mengetawakan kesilapan, membanding-banding, bercakap penuh ego. Dia tidak ada empati (memahami orang lain) dan tidak ada sikap merendah diri (humble). Dia banyak menjadikan dirinya sebagai contoh rujukan untuk menampakkan dia lebih bagus, sedangkan dia masih lum mencapai apa-apa kejayaan hebat.
2. Lihat pada perbuataannya.
Biasanya dia lebih banyak cakap dari buat. Dia akan banyak berlagak hanya kerana dia tidak mahu kalah pada pencapaian orang yang jauh lebih bagus. Dia banyak mempertikaikan, kurang berusaha membaguskan pencapaiannya. Dia suka mengomen, mengomplen dan mengkritik.
3.Lihat pada hidupnya.
Pemikiran negatif menjadikan dia tak ada inisiatif nak mencapai kejayaan, kebahagiaan juga ketenangan. Orang berpemikiran negatif masih tak dapat mencapai apa-apa sebab dia terlalu sibuk mengambil tahu hal orang lain dari sibuk memajukan diri sendiri. Hidupnya bermasalah, dengan pasangan hidupnya ada saja yang tak kena.
4. Bila di tegur, dia melenting pula.
Orang berpemikiran negatif anggap teguran sebagai merendah-rendahkan maruah. Dia tidak akan menerima teguran sebagai benda untuk memajukan diri. Ego mendorong dia melenting pada teguran.
Jika Anda dapat melihat SALAH SATU daripada 4 petanda di atas, maka orang itu ternyata ada mindset negatif.

Sebelum Terlena lirik

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

kisah teladan

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

**Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat...berbaktilah kita kepada kedua ibubapa...jadilah anak yang soleh...

adakah tempat kita disini??

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

kisah yang meyentuh jiwa

SADIS!.... Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang. Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur. "Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! "Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!" Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu ditutup rapat.Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya."Kenapa ni? Gila?!" "Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku. Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus. " Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?". Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas."Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki."Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu. *"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." renungkan.... "When you are born, you are crying and everyone around you is smiling. Live your life so that when you die, you are smiling and everyone around you is crying

Jangan sombong dengan kelebihan sementara

Jangan sombong dengan kelebihan sementara
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran : Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
=========
Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama

Petua Imam Syafie – 4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
  1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
  1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

erti disebalik 10w/40 minyak pelincir

Pengenalan Minyak Pelincir



Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.


Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.




Mengenali API dan SAE



‘API’ adalah singkatan kepada ‘American Petroleum Institute’ (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian ‘API’ untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

Sementara ‘SAE’ pula adalah singkatan kepada ‘Society of Automotive Engineers’ (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.



Gred Minyak Pelincir



Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu ‘monograde’ (gred tunggal) dan ‘multigrade’ (pelbagai gred). Minyak pelincir ‘monograde’ adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.





Sementara minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’ tadi. Selalunya, minyak pelincir ‘multigrade’ dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.


Minyak pelincir ‘multigrade’ adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan ‘W’ adalah bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.


Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir ‘multigrade’ ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.



MINYAK PELINCIR SINTETIK SEPENUHNYA (FULLY SYNTHETIC)


Minyak pelincir jenis Sintetik Sepenuhnya (Fully Synthetic) sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna kenderaan di negara kita. Minyak pelincir jenis ini lebih mahal dan biasanya dijual dengan harga melebihi RM100 (tertakluk kepada jenama pengeluar). Antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40. Namun, sejauh manakah anda mengenali minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ ini.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ diasaskan daripada 2 jenis bahan utama, iaitu ‘Polyalphaolefins (PAOs)’ dan ‘Ester’. ‘PAOs’ dihasilkan melalui jalinan molekul bahan kimia bersama ‘Ethylene’ untuk membentuk satu rangkaian yang seimbang serta berupaya mengekalkan kelicinan di dalam enjin. Sementara ‘Ester’ pula terhasil daripada reaksi alkohol dengan sejenis asid. Bahan-bahan ini akan diadun (blend) bersama aditif-aditif lain menggunakan kepakaran teknologi terkini mengikut formula tertentu. Proses ini akan dapat mengubah struktur molekul sintetik dan seterusnya menghasilkan produk minyak pelincir ‘Fully Synthetic ‘ untuk pasaran.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ adalah lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden dan kurang sesuai untuk enjin-enjin lama. Ini kerana kadar kelikatannya yang rendah akan menyebabkan minyak pelincir tadi terpeluwap (vapourised). Ramai dikalangan pengguna tidak memahami faktor ini dan akibatnya mereka akan mengalami masalah minyak pelincir yang semakin hari semakin berkurangan.

Komponen-komponen enjin yang baru mempunyai kadar renggangan (gap) yang kecil. Sementara komponen-komponen enjin lama, contohnya Gelang Omboh (Piston Ring) mempunyai kadar ‘gap’ yang lebih tinggi dan ini akan menyebabkan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah akan mudah tersusup masuk ke ruang pembakaran (combustion chamber). Minyak pelincir ini akan terbakar bersama bahanapi dan asap yang keluar melalui ekzos akan berwarna kebiruan dan berbau busuk.

Untuk lebih kepastian tentang kesesuaian penggunaan gred dan jenis minyak pelincir untuk kenderaan anda, sila minta nasihat daripada mekanik yang berpengalaman atau pengeluar minyak pelincir itu sendiri. Anda juga boleh merujuk laman web http://www.sae.org/news/rightoil.htm. Kesilapan pemilihan minyak pelincir mungkin tidak menampakkan kesan sampingan segera kepada enjin kenderaaan anda. Oleh itu, pastikan anda tidak membuat kesimpulan mudah yang akhirnya akan merugikan diri anda sendi

Sebagai contoh: 10w-40
W = Wet/Winter 10 = Kelikatan minyak semasa sejuk. 40 = Kelikatan minyak semasa panas. (Gred diatas ni dikenali sebagai multi grade.) Multi Grade = Boleh berubah dari cair ke pekat mengikut perubahan suhu. Mineral = Bahan dari asas petroleum. Sintetik = Minyak buatan daripada bahan kimia. Semi sintetik = Campuran dua bahan, mineral + sintetik. Kegunaan gred, bergantung pada kegunaan kenderaan korang, usia kenderaan korang dan suhu/iklim tempat korang duduk.



Sponsored by: