Monday, December 6, 2010

katak oh katak....

assalamualaikum.....
alahamdulillah hari nie aku dapat idea mengarang lagi

Setiap orang mempunyai haiwan atau binatang yang disayangi , dibenci dan digeli.. tak kira la orang tu lelaki ke pempuan ke kan..mesti ada binatang yang digelinya hahah
 ok ari nie aku nak cerita pasal binatang yang sangat aku geli iaitu katak...
 
ok katak adalah salah satu spesis amfibia iaitu binatang 2 alam,air boleh darat pon boleh, katak bertelur didalam air bersih yang bertakung , biasanya  didalam longkang,lopak air,dan sebagainya . anak katak dipaggil berudu atau pon pok budu  dalam loghat terengganunya
. katak biasanya melompat lompat untuk ke suatu destinasi. selain mencari makanan menggunakan lidahnya yang panjang.katak suka tinggal dikawasan  yang lembab dan mempunyai serangga yang banyak selain dari kasut sekolah yang sudah lama tersadai  .. dah la tu definisi untuk katak yer...

pada asalnya aku tak gelipon katak nie.. aku biasala jugak bemain main dengan katak selain umpan pancing , sehingga la suatu hari yang aku ingat sampai kehari ini.

ceritanya bermula apabila  satu hari aku lambat untuk kesekolah. aku baru balik dari memancing  aku menadah telinga  mendegar suara membebel bebel ... dari aku stat mandi sehigga aku mintak duit pergi sekolah huuhhh lama tu kena... aku terus bersiap dan memakai kasut sekolah yang pada awalnya disangkakan hilang... aku terus memakai kasut tersebut dan kesekolah, aku besekolah pada sessi petang ... aku terperasan kasut sebelah kiriku ni ketat semacam jer . tapi aku buat tak tau jerla kan , sebab aku terbayangkan stokin tegumpol kat depan kasut..".lantak la jap lagi la aku repair".. aku trus berjalan dan berjalan... kakiku semakin terasa tak selesa tapi aku tahan je..aku mengerakkan hujung jari kakiku aku terasa sesuatu yang lembit dan sejuk..." ahhh malasnya nak bukak kasut nie ""

"krigggggg" lonceng sekolah telah berbunyi.. aku belari mendapatkan beg sekolah yang aku tinggalkan dibawah pondok, aku mendapati kakiku sudah tidak dapat menahan keketatkan kasut nie , terasa semakin ketat dari tadi.. uihhh .. aku mula terfikir kenapa.. takkan la stokinku semakin membesar. tak logik... dan tiba tiba terlintas sesuatu di fikiran ku... aku mengerakkan hujung kaki ku lagi.. emmm lembit... sangat lembit.. sahhhhhh.....
aku terus membuka tali kasutku, aku terus membuka kasutku tanpa lengah lagi... aku menghentak hentak kasutku itu tiba tiba......
 alangakah terkejutnye aku apabila mendapati seekor katak puru terkeluar dari kasutku itu.. sambil perutnya mengembung macam belon ..sangat besar, eeeeeeee... aku terus mencapakkan kasut ku itu ... uihh gelinya .. aku teringat detik detik aku mengerakkan hujung jari ku tadi... lembit tu sebenarnya perut katak tu...
kataktu dah xboleh melompat lagi munkin kerana lemas dan terpenyet didalan kasutku itu selama beberapa jam.. aku mengambil kasut n trus masuk kekelas...
 selepas kejadian tu aku sangat geli ngan katak ...hahahahahaha


sebelum pakai kasut chek la dulu yer
jangan letak kasut merata rata ,,,,,

Sunday, December 5, 2010

PENGERTIAN HIJRAH


Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain seperti mana firman-Nya al-Quran yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ankabut, ayat 26).
Di samping Nabi Ibrahim, Nabi Musa juga diarahkan berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ke tempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Selain Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.
Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa hijrah tersebut menyingkap satu perjuangan yang ‘pantang menyerah atau mengaku kalah’ di samping ia menjadi garisan pemisah di antara kebenaran dan kebatilan. Ia juga diibaratkan sebagai satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Nabi iaitu, pertama di Makkah selama 13 tahun, dan kedua, di Madinah selama 10 tahun.
Ini bermakna Rasulullah berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan. Malah, hijrah memberikan harapan dan membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa hadapan. Justeru, hijrah adalah tonggak perjuangan yang sangat bermakna. Hijrah juga fajar kemenangan yang menentukan kemenangan demi kemenangan perjuangan Nabi. Rasulullah dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah demi menyahut panggilan dan keimanan.
Dalam erti kata lain, hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat untuk meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun, demi mempertahankan cita-cita luhur  yang lahir daripada iman kepada Allah dan Rasul-Nya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah. Mereka juga menyedari bahawa tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat atau cita-cita murni itu pasti terkubur. Justeru, mereka bersiap sedia untuk berjihad dengan ikhlas kerana Allah. Mereka berhijrah demi memenuhi panggilan iman, mempertahan dan mencapai cita-cita murni itu. Mereka menghadapi apa sahaja rintangan, tekanan dan pelbagai kesulitan dalam perjalanan jihad itu dengan penuh sabar, tabah dan keteguhan hati. Hijrah Nabi dan sahabatnya bukan bererti menjadi orang yang kalah atau tersingkir. Hijrah yang penuh tentangan dan halangan itu memberi mereka peluang untuk meraih kemenangan.
Peristiwa hijrah juga memperlihatkan banyak kebijaksanaan Rasulullah. Ia menunjukkan bagaimana Nabi mengutamakan masjid, iaitu mendirikan masjid pertama di Madinah di satu tempat bernama Quba’ yang akhirnya dikenali sebagai Masjid Quba’. Ia juga memperlihatkan fungsi kepentingan masjid dalam Islam.  Masjid kedua yang didirikan Nabi ialah Masjid Nabawi.
Seterusnya, kebijaksanaan baginda yang kedua ialah mempersaudarakan dua golongan, iaitu kaum Muhajirin (sahabat Nabi yang sama-sama berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan kaum Ansar, yang bersedia menerima kedatangan mereka di Madinah. Baginda juga berusaha mengadakan beberapa kesepakatan dengan golongan Yahudi dan Nasrani di Madinah untuk mewujudkan suasana aman damai dan harmoni.
Melihat kepada perancangan baginda, marilah kita sama-sama mencontohi semangat hijrah yang terkandung padanya banyak hikmah dan iktibar. Antara teladan yang boleh dipelajari daripada hijrah Nabi ialah komitmen baginda memperbaiki dan membangunkan ummah, yakni membangun ummah beriman, bertakwa, bersaudara, bergotong royong, saling membantu dan hidup dalam damai dan harmoni, dengan umat beragama lain. Hijrah baginda bukan untuk kerehatan tetapi meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah. Inilah masanya untuk umat Islam di Malaysia untuk menghayati roh hijrah ini untuk diaplikasikan dalam konteks semasa iaitu untuk membina semula kegemilangan tamadun Islam. Tamadun Islam tidak dapat dibina dengan hanya slogan-slogan indah atau retorik-retorik manis semata-mata, sebaliknya ia menuntut satu jihad, pengorbanan, kesungguhan dan komitmen yang jitu untuk menjulang panji-panji Islam ke persada dunia.  
Hijrah juga mengajar makna perpaduan. Cuba renungkan kejayaan Rasulullah menyatukan dua kumpulan yang sebelum itu saling bermusuhan, iaitu Aus dan Khazraj. Atas nama persaudaraan dan demi kasih sayang kepada Allah, dua kumpulan ini akhirnya dapat disatukan. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan pelbagai ras, bangsa dan kaum, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan rahmah sejajar dengan Islam sebagai al-Din yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.
 Justeru, Islam dari awal-awal lagi menganjurkan umat Islam agar bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam memakmurkan bumi Allah ini. Bumi Allah ini adalah milik semua makhluk yang diciptakan Allah dan ia bukan milik atau kepunyaan istimewa satu-satu kaum atau bangsa-bangsa tertentu. Malah kesemuanya diberikan hak dan keistimewaan yang sama rata untuk sama-sama mendiami alam ini di samping untuk memakmurkannya ke arah kejayaan dan kebahagiaan sejagat.
Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidah dan kepercayaannya, sedangkan Islam adalah al-Din yang bersifat rahmat kepada sekalian alam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbia, ayat 107 maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.

copy from

Dr Engku Ahmad Zaki

AKU BASUH JE ..... HUJAN .... errrrrgggggg



asal aku basuh mesti hujan.... eee... tula kuasa tuhan .. kalau die nak hujan sekejap jer hujan... ari nie lagi la,, baru je tempek wax... padahal aku dah usha awan nie... clear jer .. baru jer wax nak kering  huuhhh hujan

aduhhh... geramm nyer ... baru basuh beb.. wax nie kalau kena air macm kena lumpur la... tension betol... tup tap tup tap... hujan beberapa saat jer....  dah tak kilat macm biasa dah... wax dah campur air...

mengamuk la jugak... marah hujan adooii .. nak buat camner hjan tu  xleh nak stop dari turun kalau pili air takper ahh....

walau ape yang kita rancang dengan sebaik munkin.. tapi
dengan kuasa tuhan ..die boleh mengubah  sesuatu dalam sekelip
mata sahaja... yang terbaik redha dengan ketentuanya

 manusia hanya merancang
tuhan yang menentukan

Saturday, December 4, 2010

awan hitam


gambar ini diambil time otw(on the way  bukan old white coffee k) ke putrajaya
pada selasa 1 dec 2010




kuasa alam

Wednesday, December 1, 2010

tragedi 24/4/06

assalamualaikum....
sebelum aku cerita tragedi nie ..aku nak ceritakan serba sedikit (kalau filem org kg pggil kepala cerita)ok , bila aku balik dari johor ,, aku tak trus  sambung belajar jadi ade sisa sisa waktu sebelum aku melaporkan diri ,. jadi untuk mengisi masa lapang aku menolong ayahku membersihkan kawasan kebun sawit yang baru sahaja diterokai... maklomla (peneroka la katakan), sambil aku menolong ayahku  aku memancing ikan ( kebun sebelah sungai la , sambil meyelam minum la air, kena teo pehhhh melayang beb )    pada satu pagi tu secara tiba tiba idea telah datang kepada ku sambil berkata "kalau tanam sayur best gak nie" aku trus menyetat moto EX5 ku yang ader box kat belakang bernombor plat TAF 6365 trus ke pekan dungun untuk mencari benih sayur yang sesuai ditanam ditanah malaysia ini.. nak tau aku beli ape??? haa  aku beli benih kangkung satu beg, sawi,lada, untuk projek kebun sayur ku....aku mula berangan ,nak jadi kaya nak jadi kaya nak jadi  kaya nak jadi kaya.... hahahh.. akumula mencari kawan sejati pekebun (setelah di serve kat internet) iaitu chok orang terengganu paggil cangkul menuju tanah kosong dibelakang umah ku... xsempat 2 mata chok  aku mengali terdengar suara merdu daripada mak aku ...( baik buat kebun kat ladang aboh mung) kalau bahasa KL nyer (lebih baik kamu  buat kebun kat ladang ayah kamu) aku trus menjawap ok mum tomorro i do it , speking siot hahahaha
malam tu aku tdo pun taklena .. yela bakal jadi pekebun sayur yang berjaya nie .. pagi tu ayam taksempat masuk shif lagi aku dah bagun membuat persiapan untuk berkebun.. dengan semangat yang tiggi nie

pada pagi hening 24/4/06 setelah bersiap sedia untuk melaksanakan misi ini, tiba tiba adik bongsu yang begitu manja dengan aku nak ikut( adoi) dengan muka selamba di pagi hari aku berkata( jatuh dalam sungai baru tau) sebab untuk ke ladang ayah aku tu aku perlu melalui sebatang titian yang hanya mempunyai 3 batang balak jer...  setelah dipujuk adik bongsuku yang beumur 4 tahun itu aku pon bawak je... untuk korang menghayati cite nie aku bagitau ape yang aku bawak selain adik bongsu itu.. selain aku bawak moto aku bawak , pump racun , bijih benih, set memancing  ,dan adik ku dengan  pedang samurai plastik yang baru aku belikan didalam bakul moto tu.. aku terus bertolak sambil adikku melambai lambai ibunya( mak aku la jugak)

sehingga la aku samapai ke titian yang aku cakap tu dengan 3 batang balak sahaja.. aku berfikir sejenak ,nak pergi trus atau nak dropkan adik aku dulu selepas beberapa saat aku membuat keputusan untuk teruskan perjalanan diatas titian tersebut  sambil adikku bersama pedangnya itu
 apabila sampai di tengah titian( bukan titian hasratTIBA TIBA.......
salah satu tali pump racun itu terlucut dari tempat cangkutnya , aku dah out balance,, dibawah titian tu terletaknya air sungai yang deras dan keruh kerana hujan malam tadi.. didlam 2 kelipan mata aku trus jatuh didalam sungai tersebut  sambil moto dan adikku bersama set memacing diatas moto ,, aku mengharapkan moto tu terjatuh kesebelah sana.. aku tersilap dengan 2 kelipan mata lagi ( mata dah berkelip kelip sebab air dah masuk mata) adikku jatuh kedalam sungai jugak, aku cuma untuk menarik adikku tetapi aku terpaksa lepaskan kerana aku terperasan moto pon nak ikut kami( jatuh dalam sungai ) paras air sungai tu sama paras dengan dagu aku.. aku mula takut .. takut tak jumpa adikku lagi.. tapi dengan izin allah samasa motoku jatuh ia telah menolak air dengan kuat dan meninbulkan adikku yang berusia 4 tahun ketika itu,,, alhamdulillah adikku selamat... air sungai yang sejuk mula mengigit kulit ... aku chek adikku dan mendapati dahi kirinya terluka dengan darah keluar begitu banyak... aku takut.. adikku relaxjer... aku tanye" adik sakit tak??" die menjawap "tak" aku tanya lagi kompom??? adik ku tak menjawap( manala budak nie tau kompom tu apa) tiba tiba adikku mengis,, aku tanya kenapa?? die manjawap (pedang adik hanyut) uihhh budaknie aku dah tak tentu arah nie boleh die buat lawak camtu.. die menyoal ku lagi abg di macam maner nak balik??? moto dalam sungai?? aku pon xtau nak jawap ape...

aku tak keruan lagi melihat darahya semakin laju,,, membasahi pipinya , aku melihat ade sebuh moto buruk disebelah tebing sana aku mula memekik meminta tolong"tolong, tolong'" setelah bebrapa kali memekit tiba tiba  aku ternamapak kelibat manusia datang kepada aku ooh orng itu pok jing k4 ...pok jing terus menerpa kearah adikku sambil memegang luka didahi adikku.darah yang keluar tadi trus jer behenti... pok jing menyuruh aku balik mengunakan moto buruknya .. aku trus balik dan keklinik.. adikku mendapat 6 jahitan didahi sambil motoku tengelam di dasar sungai.... semasa menuggu semua orng diklinik terkejut dengan kehadiran ku yang kuyup masa tu
selesai jer adikku dijahit tiba tiba terdengar moto pong pong ayah ku( moto yamaha sukan dengan ezos takde silencer) trus je memarahi aku didalam klinik itu... tak sempat sampai rumah berita kejatuhan aku n adikku kedalan sungai tersebar seantero kG huahuahua ... bila ader orang datang menaya khabar adikku menceritakkan detik detik kejadian seperti aku cerita nie huhuhu
selepas kejadian itu aku menamatkan cita cita aku untuk manjadi pekebun berjaya...biji benih pon entah kemana hanya tinggal kangkung jer .. set memncing aku pon berada didalam sungai beberapa hari... moto pon dah diambil dan diservis....

sekarang kalau aku tengok parut di dahi adikku aku teringat kisah nie....
sekian.................

Roda kehidupan..



assalamulaikum....
 kita selalu dengar perumpamaan  hidup ibarat roda kan...selalu sangat kita dengar tafsiran dia kejap kat atas kejap kat bawah.. so kita paham maksud roda tu. time kat atas senang hebat dan sebagainya time kat bawah pulak time  kejatuhan dan teranianya kan ... tapi adakah korang setuju kalau aku cakap ''atas dan bawah seseorang tu berpunca dari kita sendiri'' dan bukan dari nasib malang atau org lain ok

kita manusia biasa yang akan bermula dari bawah roda, samasa kita kat bawah kita selalu mendongak untuk melihat kelebihan orang yang sedang berada diatas dan jadikan ia sebagai idola kita ( bukan idola kecil yer) so dalam diri kita kita tanamkan satu tekad untuk menjadi sekurang kurangnnya sama dengan idola kita itu kan ... jadi kita trus berusaha untuk naik,,, berusaha berusaha dan berusaha, time niela kita seorang yang peramah ,rajin ,cekal ,, memahami,jujur,amanah,berkejasama sesama kita untuk terus kehadapan..kawan kawan pon memberi dorongan untuk terus berjaya dan akhirnya kita berjaya sampai di pertegahan roda itu,kawan kawan adalah segalanya buat kita . kita rasa bertuah kerana kita boleh sampai ketahap ini dimana ada antara kawan kawan kita  telah kecundang dan ada yang masih lagi berusaha...
kita sedar yang perjalanan hidup kita sudah semakin hampir dengan puncak  jadi kita teruskan usaha kita itu dengan memperkemaskan setiap langkah untuk menuju kejayaan,di peringkat inila biasanya seseorang itu cuba untuk manjadi dirinya sendiri dengan mencari identiti nya sendiri, diperingat ini kawan kawan yang seiring saja akan jadi kawan ( dah mula memilih kawan). kawan kawan yang sama sama berusaha dulu  dah mula dilupakan dan dipingirkan..kita dah mula bercakap tentang perbezaan sesama sendiri... padahal permualaanya adalah sama
akhirnya kita sampai ke tahap yang diinginkan itu... kita berasa puas kerana berjaya dengan usaha sendiri,so kita enjoy untuk meraikan kejayaan itu,kita mula lupa dengan usaha usaha kita sebelum ini. kita lupa kawan kawan seperjuangan kita ,kita lupa identiti kita.. dan kita lupa asal usul kita...kita mula ego dengan kelebihan yang kita ada,kita mula menunjuk nunjuk kemewahan yang kita ada, semua nasihat kita terima sebagai  degki,semua teguran kita terima sebagai musuh, kita alpa.. ya,ya,ya, kita  alpa.....
sedar atau tak kita mula keseorangan.. rakan rakan mula menjauhkan diri,bukan kerana kita nie hebat tapi dah kerana  lupa diri..

kita mula jatuh tanpa sedar.. satu demi satu langkah menuju kejatuhan .. adakah kita sedar??? tak... kerana apa??? semua teguran dan nasihat adalah dengki dan cemburu bagi diri kita.. kita mula berperang dengan diri sendiri . tanpa sedar kita trus jatuh dan jatuh.. bila tersedar kita sudah kehilangan semua nya .. kita cuba untuk melawan arus seorng diri.. berusaha untuk naik semula tapi semua tu sia sia,, dulu kita berusaha bersama sama tapi sekarang seorng diri..
kita trus jatuh ke dasar ... kita menyesal dan mula menyalahkan nasib...samasa senag dulu ada kita tengok kebawh??? takdekan sebab enjoy jer kan.. mula la dengki ngan kelebihan orng lain sedangkan kita yang buat diri kita sendiri...

sebenarnya semua bahagian roda tu adalah puncak, tak caya ker?? cube tengok roda tu cuba pusingkan... beberapa kali kita ulangi pekara yang sama dalam hidup nie. apa yang perlu kita buat adalah perbaiki diri dengan kesilapan yang pernah kita buat.. jangan ulangi kesilapn yang sama .. belajar dari kesilapan

HARGAI LA APA YANG KITA ADA SEKARANG....

Sponsored by: