Wednesday, December 1, 2010

tragedi 24/4/06

assalamualaikum....
sebelum aku cerita tragedi nie ..aku nak ceritakan serba sedikit (kalau filem org kg pggil kepala cerita)ok , bila aku balik dari johor ,, aku tak trus  sambung belajar jadi ade sisa sisa waktu sebelum aku melaporkan diri ,. jadi untuk mengisi masa lapang aku menolong ayahku membersihkan kawasan kebun sawit yang baru sahaja diterokai... maklomla (peneroka la katakan), sambil aku menolong ayahku  aku memancing ikan ( kebun sebelah sungai la , sambil meyelam minum la air, kena teo pehhhh melayang beb )    pada satu pagi tu secara tiba tiba idea telah datang kepada ku sambil berkata "kalau tanam sayur best gak nie" aku trus menyetat moto EX5 ku yang ader box kat belakang bernombor plat TAF 6365 trus ke pekan dungun untuk mencari benih sayur yang sesuai ditanam ditanah malaysia ini.. nak tau aku beli ape??? haa  aku beli benih kangkung satu beg, sawi,lada, untuk projek kebun sayur ku....aku mula berangan ,nak jadi kaya nak jadi kaya nak jadi  kaya nak jadi kaya.... hahahh.. akumula mencari kawan sejati pekebun (setelah di serve kat internet) iaitu chok orang terengganu paggil cangkul menuju tanah kosong dibelakang umah ku... xsempat 2 mata chok  aku mengali terdengar suara merdu daripada mak aku ...( baik buat kebun kat ladang aboh mung) kalau bahasa KL nyer (lebih baik kamu  buat kebun kat ladang ayah kamu) aku trus menjawap ok mum tomorro i do it , speking siot hahahaha
malam tu aku tdo pun taklena .. yela bakal jadi pekebun sayur yang berjaya nie .. pagi tu ayam taksempat masuk shif lagi aku dah bagun membuat persiapan untuk berkebun.. dengan semangat yang tiggi nie

pada pagi hening 24/4/06 setelah bersiap sedia untuk melaksanakan misi ini, tiba tiba adik bongsu yang begitu manja dengan aku nak ikut( adoi) dengan muka selamba di pagi hari aku berkata( jatuh dalam sungai baru tau) sebab untuk ke ladang ayah aku tu aku perlu melalui sebatang titian yang hanya mempunyai 3 batang balak jer...  setelah dipujuk adik bongsuku yang beumur 4 tahun itu aku pon bawak je... untuk korang menghayati cite nie aku bagitau ape yang aku bawak selain adik bongsu itu.. selain aku bawak moto aku bawak , pump racun , bijih benih, set memancing  ,dan adik ku dengan  pedang samurai plastik yang baru aku belikan didalam bakul moto tu.. aku terus bertolak sambil adikku melambai lambai ibunya( mak aku la jugak)

sehingga la aku samapai ke titian yang aku cakap tu dengan 3 batang balak sahaja.. aku berfikir sejenak ,nak pergi trus atau nak dropkan adik aku dulu selepas beberapa saat aku membuat keputusan untuk teruskan perjalanan diatas titian tersebut  sambil adikku bersama pedangnya itu
 apabila sampai di tengah titian( bukan titian hasratTIBA TIBA.......
salah satu tali pump racun itu terlucut dari tempat cangkutnya , aku dah out balance,, dibawah titian tu terletaknya air sungai yang deras dan keruh kerana hujan malam tadi.. didlam 2 kelipan mata aku trus jatuh didalam sungai tersebut  sambil moto dan adikku bersama set memacing diatas moto ,, aku mengharapkan moto tu terjatuh kesebelah sana.. aku tersilap dengan 2 kelipan mata lagi ( mata dah berkelip kelip sebab air dah masuk mata) adikku jatuh kedalam sungai jugak, aku cuma untuk menarik adikku tetapi aku terpaksa lepaskan kerana aku terperasan moto pon nak ikut kami( jatuh dalam sungai ) paras air sungai tu sama paras dengan dagu aku.. aku mula takut .. takut tak jumpa adikku lagi.. tapi dengan izin allah samasa motoku jatuh ia telah menolak air dengan kuat dan meninbulkan adikku yang berusia 4 tahun ketika itu,,, alhamdulillah adikku selamat... air sungai yang sejuk mula mengigit kulit ... aku chek adikku dan mendapati dahi kirinya terluka dengan darah keluar begitu banyak... aku takut.. adikku relaxjer... aku tanye" adik sakit tak??" die menjawap "tak" aku tanya lagi kompom??? adik ku tak menjawap( manala budak nie tau kompom tu apa) tiba tiba adikku mengis,, aku tanya kenapa?? die manjawap (pedang adik hanyut) uihhh budaknie aku dah tak tentu arah nie boleh die buat lawak camtu.. die menyoal ku lagi abg di macam maner nak balik??? moto dalam sungai?? aku pon xtau nak jawap ape...

aku tak keruan lagi melihat darahya semakin laju,,, membasahi pipinya , aku melihat ade sebuh moto buruk disebelah tebing sana aku mula memekik meminta tolong"tolong, tolong'" setelah bebrapa kali memekit tiba tiba  aku ternamapak kelibat manusia datang kepada aku ooh orng itu pok jing k4 ...pok jing terus menerpa kearah adikku sambil memegang luka didahi adikku.darah yang keluar tadi trus jer behenti... pok jing menyuruh aku balik mengunakan moto buruknya .. aku trus balik dan keklinik.. adikku mendapat 6 jahitan didahi sambil motoku tengelam di dasar sungai.... semasa menuggu semua orng diklinik terkejut dengan kehadiran ku yang kuyup masa tu
selesai jer adikku dijahit tiba tiba terdengar moto pong pong ayah ku( moto yamaha sukan dengan ezos takde silencer) trus je memarahi aku didalam klinik itu... tak sempat sampai rumah berita kejatuhan aku n adikku kedalan sungai tersebar seantero kG huahuahua ... bila ader orang datang menaya khabar adikku menceritakkan detik detik kejadian seperti aku cerita nie huhuhu
selepas kejadian itu aku menamatkan cita cita aku untuk manjadi pekebun berjaya...biji benih pon entah kemana hanya tinggal kangkung jer .. set memncing aku pon berada didalam sungai beberapa hari... moto pon dah diambil dan diservis....

sekarang kalau aku tengok parut di dahi adikku aku teringat kisah nie....
sekian.................

2 comments:


Sponsored by: