Sunday, February 27, 2011

suami isteri dan jembalang

KISAH TELADAN SUAMI dan ISTERI

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq". "Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena.

Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam". "Itu saja ke haji?" "Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana". Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni.

" Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya.

Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam.

Si suami pun pulang ke rumah. Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter.

Dia rasa selesa duduk di rumah. Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia.

Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad. "Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?". "Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang.

Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali.

Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.

" Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!" Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain.

Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".

selipar admiralku kena kipnap

huhhh selipar admiralku  dah kena kipnap... bukan ape pon aku just terpijak taik,, aku letak dalam plastik aku gantung kat tepi pintu pagar ,, sedar sedar dah kena kipnap huhuhu... bertuahla sapa jumpa selipar tu.. cuma ader taik jerla ckit hehehehehe

Monday, February 21, 2011

kembali memblog...

dah lama aku tak mengupdate blog... bukan aper.. bz la .. pergi kija pagi balik malam huhh..... ader banyak story aku nak cerita tapi... mood xder la ...  lagi mood tengah kucar kacir ckit huru  hara,,,  aku pong ngah pening sekarang nie .. interview lagi... adoii......emosi tergangu.. ngan status baru lagi huhuhuhuh... papepun ... tuggula bile mood aku dah ok... lagi bulan nie banyak sangat pekara yang tak dijangka berlaku...huhh,, tuggula bila mood blog aku kembali..  tapi sebelom tu aku nak gakla cerita pasal handset baru ku . handset power beb, rege die 79 hinggit... ya 79 hinggit.. ader lampu ,  gigibiru, semuala,, n tanpa wayar juga.. nset lama ku tu dah berkecai aku kerjakan,, yerla pagi pagi hang.. kepala hotak  betol,,, aku baling ke dinding, trus jer senget skrin apa lagi aku pon belila nset baru ku nie hahahha.. ingat nak repairla... buka punya buka,, berkecai... padan muka aku hahhahahha

Wednesday, February 16, 2011

12022011

sudah lama aku tak meringanakan jari jemari ku untuk memblog, bukan apa, mggu lepas aku sibuk dengan persiapan intebiu spa, lagi hari pertunangan, semua nya berjlan dengan lancar cuma aku jer keletihan sikit,, munkin banyak kekuranagan aku di hari majlis tu, apa bulih buat , aku mana ader  pengalaman untuk semua tu kan... kepada tunang ...sorryla jika abg ade banyak kekurangan yer. tau la aku x involve sepenuhnya untuk majlis tu, aku tak tau ape tema yang nak dibuat , semua aku serah kepada mak aku, , mak aku lak serah la kat jiran aku, jadi aku terima la seadanya,  mungkin ader kekurangan tu , harap dihalalkan la yer, nak buat camner saya nie pon dok jauh takleh nak pantau semua tu hari hari, yang penting majlis kami pada 12211 telah selamat semuanya, 



Saturday, February 12, 2011

ape kena lak FB aku nie

sengal punya fb dari tadi aku buka xleh buka ,,, adoiii,,,  entah apa kena nie ...

sampai jugak waktu itu

pajam celik pejam celik hari nie  dah 12 2 2011, kenapa dengan tarikh nie??? hari ni dalah hari dimana  kami melangkah 1 langkah kehadapan dalam perhubungan kami, akhirnya samapi jugak turn aku, sebelom nie dengar member member jer, hari nie aku , ahhh,,, tak percaya pon ader, nie maknanya aku nie bukan budak budak lagi,,, huh aku pon masih blur lagi nie, nanti laa aku sambung balik cerita nie, semoga majlis kami berjalan dengan lancar,,,

Thursday, February 10, 2011

selesai sudah....

semalam aku dok kat bandar LIPIS yang tenang dan sunyi, harinie aku sudah berda di bandar PUCHONG, ALMAKLOMLA orang ader 2 rumah hahaha, hari nie aku kena interbiu SPA  dah sudah dah, aku orng kedua tahun nie ,,
aku bukan main lagi meghafal JKR ditubuhkan pada tahun 1872, bla bla bla,m langsung tak ditanya,, huhh, tak tau la dapat ke tak, lau ader rezeki masuk gov dapatla , tapi taktau la kan , malaysia nie  ornag kata kalau ader CABLE se pemeluk tu baru sanag dapat,, aku mane la ader sume tu , TGKla 13/3 nie macm mana keputusan die,, klau dapat bolehla nak buat projek luar ckit, kan leh jadi pegembala ke patani yang berjaya ker kan, ALMAKLOMLA kerajaan kan senag nak nak buat loan, jagan buat loan masuk SKIM CEPAT KAYA SUDAH,...

Tuesday, February 8, 2011

saiz songkok????

alamak.. berapa saiz songkok aku eks???? almaklomla orng tak nah pakai songkok,,,mengelupur gak tadi dapat msg , jap gi mama nak kol nak tanya saiz songkok, apa lagi aku cari la pita pengukur (kalu bahasa terengganu) kot bahasa bando , ( tape ngukur) hahhhah,,, amik la kabel mouse lilik atas pale pahtu baru ukur, 21.5 kot hahahahha,

pastu mama kol, hari ahad aritu makcik tapi arini mama, uihh, terasa tagugjawap besar sudah ade , semoga majlis kami berjalan dengan lancar, k doa dakan la k,


hehehehehehehehe

Sunday, February 6, 2011

petikan akbar ahad 6 feb, 2011,

KEADAAN kereta mangsa selepas terhumban ke dalam gaung di Kilometer 22, Jalan Paka-Bandar AMBS, kelmarin. Gambar kecil, Rodiah.
KEADAAN kereta mangsa selepas terhumban ke dalam gaung di Kilometer 22, Jalan Paka-Bandar AMBS, kelmarin. Gambar kecil, Rodiah.
Kereta dipandu suami terbabas ketika pulang hadiri majlis kenduri kahwin 

DUNGUN: Seorang wanita sarat mengandung terbunuh bersama anak dalam kandungan manakala suaminya patah kaki kanan apabila kereta yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung di Kilometer 22, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) di sini, petang kelmarin.
Rodiah Mohd, 25, Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang mengandung lapan bulan, terbabit dalam kemalangan itu apabila kereta dipandu suaminya, Zuhairi Abdullah, 27, dipercayai terbabas ke kanan jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika pasangan terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar AMBS selepas menghadiri kenduri kahwin rakan Rodiah di Felda Ketengah Jaya dan mangsa meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang di Hospital Dungun. 

Mangsa yang diberi rawatan kecemasan mengalami pendarahan dalaman yang teruk sehingga menyebabkan anak dalam kandungan juga maut. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

Bagaimanapun, katanya suami mangsa yang mengalami patah kaki kanan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut. 
Sementara itu, kakak mangsa, Rotina Mohd, 37, ketika ditemui berkata, dia menemui Rodiah minggu lalu dan arwah memberitahu tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya yang bakal dilahirkan bulan depan. 

Katanya, mangsa juga memberitahu sudah mempunyai nama untuk bayi yang bakal dilahirkan itu dan membuat persiapan untuk bersalin anak pertama dengan rasa gembira. 

“Sebenarnya mangsa sebelum ini pernah mengalami keguguran dan kali ini dia amat tidak sabar untuk menunggu kelahiran cahaya mata pertamanya,” katanya. 

Katanya, arwah juga meminta beliau supaya menjadi pengasuh kepada anak itu kerana ibunya, Jawiah Jusoh, 57, sudah uzur. 

“Saya tidak sangka mata sebelah kiri saya yang tidak berhenti-henti berkedip sejak seminggu lalu rupanya membawa petanda akan kehilangan adik yang tersayang,” katanya. 

BERMULA HARI INI...

yang pergi biarkan die pergi dengan tenang, bermula hari ini ayuh kita teruskan kehidupan, kita biasakan diri dengan kehilanganya k,

hari nie dok umah jer dengan kepala tengah pening memikirkan persiapan untuk beberapa hari lagi, harap semua persiapan berjalan dengan lancar la, huh terasa mcm tak percaya aku nak hadapi semua nie, tersa baru jer lepas sekolah , rupanya dah nak tiggalkan zaman remaja dah pon, dalam slow jer jadi tua ,

dulu time sekolah nak sangat jadi besar nak kijer best , gaji besar, nak beli keta besar nak bini pon besar jer,, tapi bila dah besar nie nak jadi kecik pulak, ape taknye, time sekolah dulu , gi sekolah mak hantar, balik sekolah mak ambik, duit ayah bagi, makan mak masak, huhh mcm anak raja la tapi sekarang kijer kena sebulan baru dapat gaji, dah dapat gaji rumah sewa, kereta,bil, suma nak kena bayar, nak bini pon pakai duit jugak bukan boleh main cakap jer,

dalam sedar tak sedar umur dah masuk 26 tahun , secara adatnye lagi beberapa tahun dah masuk alam lain, huihh, apa boleh buat dunia nie satu persinggahan, jadi mari kita manfaatkan hidup kita nie,, 

mmg betol kita nie tak pernah cukup dengan kelebihan yang diberikan, dulu gaji 900 cari yang 1500 dah dapt 1500 nak 2000 dah dapt 2000 nak 3 000 dan seterusnya, dulu pakai motonak pakai kereta dah dapat kancil nak kelisa, dah dapt kelisa nak pulak kenari dah dapt kenari nak rusa pulak, selera besar kan

yang penting kita kena harungi semua dugaan dengan positif, baru boleh berjaya,, semoga kita semua berjaya dalam semua bidang yang diceburi k..




LAGI BEBERAPA HARI, KHAS UNTUK MU,

TERIMA KASIH SEGALANYA 


Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Aku bersyukur pada Tuhan Yang Esa
Kerana dia yang menemukan kita
Semoga kita mendapat rahmat darinya
Hidup bahagia

Oh kasih indahnya kurasakan
Sewaktu engkau ada bersama di sisiku
Indahnya cintamu
Biarpun apa yang terjadi rela ku tempuh
Asal kau tahu hargai pengorbananku ini
Terhadap dirimu

Sewaktu kau berduka aku ada di sisimu menemani
Sewaktu kau gembira jangan pula kau lupa diri ini
Andainya aku tiada
Abadikan cinta kita sepanjang hayatmu

Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Hidup bahagia...








MENCARI KEHIDUPAN: TERKENANG DIRINYA

MENCARI KEHIDUPAN: TERKENANG DIRINYA

Saturday, February 5, 2011

TERKENANG DIRINYA

Hari nie arwah selamat dikebumikan, tapi aku tak dapat untuk menghadirkan diri kerana begitu jauh diperantauan, cume apa yang boleh buat aku hadiahkan apa yang termampu kepada arwah,
aku tak pasti kenapa aku terlalu tersentuh hati bila terkenagkan arwah, sebelum nie aku xpernah dok mengenali dirinya, aku tak pernah duduk sekelas , xpernah ber cakap dan mungkin tak pernah kenal pon diri arwah, aku hanya mengenali arwah pon melalui kawan kawan yang lain,

tiba tiba, apabila teknologi facebook nie muncul , aku cuba untuk berkawan dengan arwah, tak sangka persahabatan yang terbina dari FB ni memberi kesan psikologi kepada diriku dan arwah,  bermula dengan lambang felda yang aku uplop kat FB ku mengikat erat tali persahabatan antara kami semua terutama arwah,

setiap kali aku naikkan status mesti arwah masuk menyampuk,lawak sedih geram suma ada tuk lepaskan tension, arwah mmg senag berkawan , seingat aku arwah pon pernah berkongsi cerita ttg kehidupan family ,, kami bertukar tukar pendapat dan juga nasihat

untuk pertama kalinya aku menelifon arwah pada hari raya lalu, arwah megajak aku pergi kerumahnya pada malam tu untuk beraya, aku malula huh, tapi kita buat plan tuk berkumpul dirumah idzura sempena majlis kesyukuran perkahwinan

aku kol arwah supaya   dapat menghadirkan diri bersama sama, tuptap dah jumpa , tula pertama kali aku berjumpa dengan arwah, sebagai kawan, dari situ aku berkawan dengan suami arwah, pada masa tu semua orng begitu happy, zana ada dengan berita gembira , noni sedang menuggu kelahiran, ony usik mengusik, riuh benor masa tu,

arwah nak sangat aku jadi uncle baby die , die nak mintak claim hadiah banyak2 , duit raya, sekadar usik mengusik, arwah selalu tanya ''bila nak kawen peng"  tunag biler peng, die cakap kalau aku buat kenduri bulan 3 or  4 susahla nak datang coz dalam pantang, arwah suke cakap'' cepat cepat la kawen peng" 

last hari rabu haritu arwah masuk tanya peng tak pasnag lansir ke sok raya, aku gelak jerla, macm biasa, sampai die mgadu dah tak larat nak bawak perut , aku cakap xpe , n die gtau nanti bakal bini aku shaz pon jadi macm die jugak, aku cakap aku tolong angkat jugak ,, letak atas troli die gelak jer ,die cakap lagi kawen la cepat cepat , arwah tanya aku balik tak raya cina berkali kali, aku dah bagitau aku tak balik coz aku baru kije n mggu depan baru aku cuti, samapaila aku off fb aku jast bagi tau ,, yah aku kuar dulu ,, aku tak tuggu die balas apa lepas tu esok nya aku tengok ada due tapi dah xleh baca dah,

sehinggala semalam aku dapat call dari kawan mengatakan arwah telah pergi kerana kemalangan jalan raya,, 

semoga arwah diletakan didlam golongan yang istimewa disisi allah,

KAMI SELALU MENGINGATIMU, AL-FATIHAH








PERGINYA SEORANG SAHABAT

entah ape yang aku rasa sekarang ,
hanya dengan satu pangilan talifon pada jam 830 pm hari jumaat 4 feb 2011, aku terpaku , tak percaya dengan perkabaran dari teman baikku. zalinda, yang mengatakan kawan kami rodiah telah kembali ke rahmatullah...

aku seperti tak percaya, baru semalam aku berchating panjang, takder ape yang lain cume  die beria ia sangat tanya aku  balik raya cina ke tak, tak cukup dengan post aku, chating n msg soalan tu jer die tanya,,  rupanya die nak meninggalkan kami semua,
di saat aku menaip nie , jenazah nya masih boleh ditatap, tapi aku jauh diperantauan,


lebih menyantuh hati ku, sahabat sedang mengadung hanya menunggu hari jer, sahabat pernah mengadu , yang dia sudah tak larat nak bawak perutnya,, tu semua die bagitau pada hari rabu lalu,
SAHABAT DAN BABY TAK DAPAT DISELAMATKAN, DAN SUAMI SAHABAT MASIH DIHOSPITAL,
SEMOGA SUAMI SAHABAT TABAH MENEMPUH SAAT SUKAR BEGINI,,,,

semoga roh sahabat diletakkan di dalam golongan orng orng yang beriman

AMIN....

RODIAH BTE MOHD @ HAKUNA MATATA, AKU AKAN INGAT KATA KATA TERAKHIR DIRIMU, SEMOGA DIRIMU TENANG DI ALAM SANA,


KAULAH SAHABAT KAULAH TEMAN




Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati



 

Sponsored by: